Assalamualaikum....
Alhamdulillah, kesempatan cuti
sekolah yang panjang ini kami gunakan sebaiknya untuk membuat Family Day di
Lotus Desaru. Kami memilih untuk ke Desaru Lotus Beach Resort kerana di situ
ada mini water theme park sesuai untuk anak-anak kecil bermandi-manda. Bila dah
duduk berjauhan dari keluarga ni, cuti panjang barulah dapat berkumpul semua
adik-beradik. Sekali-sekala nak juga gembirakan hati mak kat kampung.
Di Desaru Lotus Beach Resort
ni ada tempat menginap dan mini water theme park, accomodition hotel ni memang
cukup lengkap, ada gym, spa dan recreational park. Mini water theme park di
hotel tersebut juga dibuka untuk orang luar dengan harga RM38 untuk dewasa dan
kanak-kanak bawah 4 tahun pula dikenakan bayaran RM5.00. Mini water theme park
sini tak lah besar macam A-Famosa mahupun Sun Way Lagoon, tapi masih boleh
berseronok jugalah. Kat situ ada Lazy River yang melalui gelongsor sepanjang
150 meter sahaja.
Untuk korang yang masih
muda-mudi dan sukakan aktiviti mencabar tak payah pegi water park ni. Buatlah
aktiviti laut yang lain macam parasailing ke, naik bot pisang ke (banana boat),
naik ikan terbang ke, berkayak tunggang terbalik ke, naik jet ski ke, pandu ATV
ke, pegi naik bot sambil mancing ke. Tinggal siapkan duit je.
Kalau takut sunburn boleh pegi
Ayurvedha spa atau tido jelah dalam bilik yang selesa atau main indoor game tak
pon bersiar-siar naik buggy pusing keliling sampai driver buggy tu tendang
korang keluar. Kat sini ada disediakan servis buggy pasal agak jauh kalau nak
jalan kaki pegi pantai, tempat makan atau water park. Nak jalan pon boleh takde
sape marah.
Pasal breakfast kat resort ni
makanannya ok-ok sajalah. Tak banyak pilihan sangat. Kang kalau banyak-banyak
korang yang pening nak melantak yang mana pulak kan. Kalau nak carik restoran
kat luar atau nak cari kedai runcit boleh pegi Bandar Penawar. Tapi kedai dan
restoran pon tak banyak sangat kat sini. Nak cari maggi cup pon kena terjah 2-3
buah kedai baru jumpa.
Rancangan nak buat Family Day
ni sebenarnya last minit je. Tapi syukur menjadi. Kami bertuah sebab duduk di
area Johor Bahru. Jadi perjalanan ke Lotus Desaru hanya 1 jam sahaja.
Disebabkan kami yang paling dekat dengan Desaru, jadi all my sister setuju lantik
kami jadi Organiser. Hal Booking bilik, aktiviti, Makan malam, Sarapan pagi, Makan
Tengahari, Water Park semua kami kena
uruskan.
Rancangan kami untuk bercuti
di Lotus Desaru selama 3 hari 2 Malam. Bermula pada hari Rabu-Jumaat. Kalau
bercuti pada hari weekday, harga bilik tak mahal sangat. Tapi disebabkan kami
bercuti pada cuti sekolah, harga bilik agak mahal juga. Kami hanya booking
melalui telefon. Kalau booking melalui Booking.com / Agoda.com , lagi mahal.
Kami dah survey sebelum membuat tempahan.
Kami bertolak dari JB setelah
husband balik kerja dalam pukul 1.00 petang sebab kami perlu check in pukul 3
petang. Alhamdulillah, mujur sepanjang perjalanan ke JB, jalan tak berapa sesak walaupun kenderaan mulai banyak. Sebelum check
in kami lunch dulu. Susah juga nak cari kedai makan di Desaru. Dekat-dekat
pukul 3 petang kami ke kaunter Lotus untuk check in. Hari tu kaunter tak ramai
orang check in. Tak sampai 5 minit dah selesai.
1st Day
Selesai Checik in, kami survey
bilik. Sambil tunggu family lain yang datang dari KL dan Mersing kami review
bilik yang disediakan. so..mari kita review the bilik nya dahulu.
THE BILIK or should i say the house? sebab...besar
biliknya...ada 3 bilik dan 2 bilik toilet. 2 bilik untuk double room dan 1 bilik
untuk single room. Ade ruang tamu, ruang
makan. singki, pantry dan ada beranda. Ruang tamu nya luas...so boleh pasang
TOTO/ comforter.
Bilik..katil king, toilet besar,..ada bathtub macam jakuzzi.
Kemudian...petang tu, kami pergi pantai nya dahulu...jom kita
review THE BEACH pulak...
Pada pandangan kami...air pantai agak tidak bersih...pantai
jenis private beach...ade kerusi dan kerusi
katil untuk bersantai ala-ala Bali gitu... Actually ade bayak je aktiviti boleh
dibuat kat pantai tu...seperti banana boat n etc. Permainan tu semua kami
rancang nak main pada hari ke 2 dan ke 3.
Malam nya kami sekeluarga makan di Restaurant Terapung
Desaru. Harga?.. Kami makan ramai-ramai. Jumlah yang perlu dibayar mencecah
RM800 ringgit. Kat sini ada jual belangkas. Sedap…
2nd Day
Kami
pergi waterpark pulak. Tapi sebelum tu breakfast dulu. perghh punyelah ramai
org,. Dah macam makan kat hostel.haha. By
the way, perjalanan dari satu tempat ke satu tempat memang agak jauh lagi-lagi
kalau dapat blok yg jauh. Tapi takpe...ade perkhidmatan shuttle bus disediakan disitu. Budak-budak suke
naik bus tu. Kali pertama naik bus lah
katakan…
Selesai sarapan kami terus ke waterpark. Memang best. Di
situ juga ada, kolam untuk kanak-kanak. Memang masa datang ni dipenuhi dengan
budak-budak dan emak budak. Antaranya saya dan anak-anak buah. Selain tu juga,
ada coconut tree, bila air penuh dalam coconut tu, air akan melimpah bagaikan
bah ataupun macam kena curah dengan baldi gergasi. Haa... boleh bayangkan tak
macam mana. Ikutkan hati nak try banyak kali...
Tengahari pula bila dah lapar,
kami makan di bilik je. Kami bawa rice cooker untuk masak nasi. My sister in
law yang rajin masak. Guna rice cooker untuk masak nasi goring dan goring nudget.
Nak makan di restaurant dalam Lotus ni mahal…
Review untuk waterpark pula...
Air
nya agak kotor..pastu tiada perkhidmatan locker utk simpan barang berharga.. pastu
nak sewa pelampung pon mahal..kitorang tak sewa pon tapi ok gak la waterpark
die..not bad,..tak dapat nak main semua pon...
Petang tu kami semua pergi beraktiviti di pantai Lotus
pula. Cuaca hujan renyai-renyai jadi aktiviti outdoor banyak yang di tunda. So
kami Cuma mandi di swimming pool je. Note: kat sini strict sikit. Kalau nak
mandi di swimming pool ni kena pastikan anda pakai baju swimming suit ye. Kalau
tak, nanti adalah kena tiup wisel suruh keluar kolam… Family lain yang tak nak
mandi bolehlah main indoor game yang disediakan. Ada ping pong, karoke dan
lain-lain. Aktiviti malam kami semua berkaraoke. Mak abah pun
nyanyi jugak. Macam tak percaya je. Tapi both my parents memang sporting.
Nyanyi lagu-lagu P.Ramli. Malam tu semua orang test bakat.hihihi..
3rd day
Hari ketiga
ni kami semua dah kepenatan. Tapi sebab ini last day, lepas breakfast kami
semua buat aktiviti masing-masing. Ada yang tido, ada yang swiiming kat
swimming pool, swimming kat laut dan ada yang main indoor game. Kami pula
teruskan dengan aktiviti outdoor. Kami main banana boat dan donut boat. Tepat
jam 12 kami semua check out. Sebelum masing-masing memulakan perjalanan pulang,
kami sempat bergambar kenangan 1 family.
So far...ok juga la percutian kat Lotus
Desaru ni..cuma agak rushing kalau setakat stay 3 hari 2 malam je kot..sebab banyak
lagi tempat yang tak dapat nak pergi or main...contohnya..archery, paintball, pastu swimming
pool die yang lagi satu pon tak sempat nak pergi. Sempat pergi swimmping pool yang
dekat dengan pantai dan di dekat area apartment je. Itu pon sekejap. Pastu
better korang bawak la makanan banyak-banyak sebab nak beli makanan dalam resort
tu kan agak mahal...tapi ade je restoran/kedai berhampiran bandar penawar kalau
korang nak beli stok makanan.
ok la tu je review untuk FAMILY TRIP di LOTUS
DESARU BEACH RESORT.