Monday, August 18, 2014

BALI Ohhhhh BALI......



Persediaan percutian ke Bali
Assalamualaikum Semua

Percutian ke Bali sememangnya sentiasa di nantikan memandangkan beberapa perkara berjaya kami selesaikan dari segi tiket dan penginapan hotel. kini menghitung hari di samping study serba sedikit tentang Bali. Persediaan percutian singkat ke Bali haruslah dilakukan terlebih dahulu supaya apa yang di rancang berjalan dengan baik. Insyaallah kami akan berangkat ke sana pada bulan 9 ini nanti. so waktu di Bali nanti tiada perbezaan dengan waktu di Malaysia. tak perlu pening-pening nanti. hihi. hope semuanya berjalan dengan lancar. Amin.

1. Tiket 

Benda pertama korang kena buat macam biasa..carik ticket yang paling murah sekali. Contoh kat bawah nieh…hehehee..sememangnya AirAsia menjadi pilihan utama untuk fly! bak kata orang putiss everyone can fly! wink AirAsia banyak memberi peluang untuk kita menerokai dunia. ewah!.....



Promosi RM79

Tiket penerbangan pergi dan balik dari Senai Johor Bahru ke Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur ke Senai Johor Bahru.



Total RM363 seorang!

AirAsia selalu je buat promosi, so kalau rajin survey dapat la harga murah. tiket pergi balik dari Kuala Lumpur-Bali dan Bali-Kuala Lumpur bagi seorang RM363 sahaja tau! murah kan, namun korang akan dapat lagi murah bila pandai survey tiket. 

Suker tak kalau murah macam nie??
Nie sebenarnya tak murah sangat..cuba bayangkan kalau AA waive yang tang ticket tu..
sure lagi murah kann?? haa..yg tu lah aku suruh korang carik..ada paham??


2. Hotel booking 



Dah lama survey dekat Agoda.com dan booking.com. pilihan terakhir ialah di booking.com. ini kerana website ini menyediakan total ke seluruhan penginapan kami selama 3 malam. so total RM334 untuk 2 orang. Maknanya 1 malam hanya RM111.33 jimat kan? hope tempat penginapan kami nanti selesa dan berbaloi dengan percutian singkat nanti. Nasihat dari kawan-kawan yang pernah pergi Bali, “cari hotel yang bagus sikit. Mahal sikit pun xpe. Asalkan barang-barang kita selamat”. Ada juga hotel-hotel kat sana yang kurang selamat. Kadang-kadang waktu kita keluar, macam-macam barang boleh hilang.

Alamat: 
Solaris Hotel Kuta
Jl. Jenggala Kuta
Kuta, 80361
Indonesia


3. Supir 

Haaa, ini penting juga kerana orang yang bertanggungjawab untuk mengambil dan menghantar kitorang di Denpasar Ngurah Rai International Airport. boleh bawa kami ke tempat menarik di Bali, plan nak ambil perkhidmatan supir selama 1 atau 2 hari sahaja dalam RM120 duit Malaysia termasuk petrol. Banyak sebenarnya supir-supir kat Bali. Kalau cari guna Mr.google pun boleh. Ramai bloger-bloger yang dah buat marketing untuk supir.

Selesai hubungi supir di Bali. dan telah deal untuk menggunakan perkhidmatan yang kawan suami saya cadangkan. Namanya Mr.Bambang.

4. Google tempat menarik di Bali 

Alhamdulillah, dalam fikiran dah ada beberapa tempat yang ingin di lawati. salah satunya Lovina Beach. Kat sana boleh tengok Dolphin. Kalau nak pergi Lovina, kene bertolak pagi-pagi dari hotel di Kuta. Perjalanan ke Lovina amek masa 3 jam, dah tu semua nak kejar masa sampai sana b4 6 pagi, sebabnya nak tgk DOLPHIN!!!! Dolphin adalah satu2nya tarikan di Lovina, kalau takde dolphin tu mmg mati la tempat tu!.. Seorang kena bayar IDR150,000 untuk sewa bot & life jacket. Bot kecik je, boleh muat untuk 5 orang.

Aktiviti menyelam orang cakap wajib buat kalau pergi Bali. Bukan apa, kat Bali kita xpayah ambil lessen diving. Kalau kat Malaysia kan kena ambik lessen baru boleh diving. So….apa tunggu lagi, jom kita diving kat Taman Sari Nusa Dua.

Banyak lagi tempat-tempat menarik yang kami rancang nak tengok dan nak pergi. Boleh cuba2 carik or book tourguide or supir untuk jalan2 kat Bali tu. Kat Bali well known banyak.Tempat sighseeing ngan aktiviti okeh. Antara yang best yang saya sukalah macam kat bawah nieh :
-        Enjoy watching Barongan
-        Ubud - oil painting, craft dll.
-        Scenery padi bukit Tegalalang
-        Agro Kopi - try kopi luwak.
-        Kintamani area - Gunung berapi aktif Mt. Batur
-        Ulun Danu
-        Uluwatu - Sunset and Kecak Dance
-        Tanah Lot
-        Turtle Island
-        GWK
-        Gigit Water fall
-        Tanah Lot Temple
-        Taman Ayun Temple

Yang lain korang google sendiri. Kebanyakkan Temple kat sana hampir sama. Jadi tak yah lah kita pergi Temple banyak2 k…



5. penukaran wang indonesia (X)

Okay yang ni masih belum di selesaikan. Duit tukor siap2 kat Mesia yer. Rate kat sini lebih bagus. Jangan lupa standby foreign currency sikit macam SGD ker USD ker wat emergency. Perlu siap sedia dalam purses supaya nanti tak pening bila RP banyak angkanya. lolzz So tidak perlu untuk menukar matawang dengan terlalu banyak. Cukup sekadar untuk makan, minum, shopping dan tambang pengangkutan di sana nanti. Dah sampai tempat melancong nanti, leh tukar lagi.  


6. Tidak membawa barang yang terlalu banyak.

Merancang akan membawa beberapa pakaian sahaja. yang selebihnya kalau tak cukup pakaian boleh shopping di sana je. t-shirt i love Bali pun okay je kan. At least dah boleh jimat berat luggage semasa berangkat ke Bali. Luggage kami Cuma ambil 20 kg je.



7. kamera 


Ini yang paling penting. chewah! Makesure camera semua cukup bateri yek. Saya kalau berjalan siap bawak extra battery. Power bank jangan lupa, mana tau boleh charge kalau battery terkucil. Camera adalah penting yer..jangan nanges kalau takder gambo boleh snap. Pemandangan adalah super cantekkkkkkk...wawawawaaa.. Untuk memastikan setiap kenangan di sana nanti di rakam. semoga kamera kami baik-baik sahaja nanti, tidak meragam bateri habis ke apa. lolzz tapi sediakan bateri lebih nanti dan kalau boleh gunakan bateri yang rechargeable.


8. Aktifkan pengeluaran antarabangsa. (X)

Aktifkan kad bank kepada pengeluaran antarabangsa. dua tiga hari sebelum fly, baru nak call customer service bank. Nombor telefon customer service ade dekat belakang kad bank tau. akan aktifkan kat MAYBANK dan CIMBANK kerana mahu selamat, takut tak cukup duit gara-gara shopping. sediakan payung sebelum hujan. lolz. nanti staff bank tu akan tanya negara mana, bila nak mula aktifkan dan bila nak tamatkan. suruh dia aktifkan ikut tarikh pergi dan tarikh balik.


9. Tukar lessen memandu antarabangsa. (X)

Kadang-kadang kita nak juga rasa merempit kat sana kan. Soo…siapa2 yang nak jalan2 guna motosikal, kat Bali banyak sangat2 motosikal sewa. Sewanya pun murah2. Sewa mobil untuk tour harian sekitar 500-600ribu sahaja. Manakala sewa motosikal cuma 50ribu untuk 24jam. Murah kan sewa moto cuma RM15 untuk 24jam, jimat2. Cuma isi borang dan masukkan no Pasport dan buat bayaran dan sudah dapat motosikal. Mudah sahaja. dia tak mintak pun permit memandu antarabangsa atau lesen memandu. Tapi lebih bagus kalau ada lesen untuk mengelakkan hal yang tidak dijangka.

Jika menunggang moto tak perlu risau tentang petrol kerana sepanjang jalan anda akan jumpa gerai yang menjual petrol dalam botol yang harganya sama sahaja dimana-mana dengan harga sebotol kecil 7ribu. Jika anda isi di petrol station mungkin dapat lebih sedikit dengan 7ribu rupiah tu. Cuba gerai menjual petrol dalam botol ni mudah dijumpai walaupun sehingga keluar desa pun ada. botol yang digunakan juga standard botol Vodlka.


10. Sediakan Aplikasi Navigasi Waze (X)

Saya menggunakan aplikasi WAZE ini untuk buatkan navigasi secara offline. Caranya mudah saja, mula2 buka waze dan pilih navigate pastu search lokasi yang hendak dituju, pastu add sebagai favourite jgn terus navigate. selepas tu pilih menu navigate dan pergi ke list favourite yang kita dah add. Pilih dan klik start Navigate. Bila dia kuar arahan “Let Start” maka zoom kan peta sampai habis pastu tolak2 map tu sehingga sampai tempat destinasi selepas tu stop navigate. skrg anda sudah ada navigasi secara offline. Ini bermakna jika tiada line internet anda masih boleh navigate guna waze kerana dia dah save map yang kita dah buka. So sementara ada line internet atau free wifi maka buat list favourite lokasi yang hendak dituju siap2. Kalau boleh lepak kat cafe yg ada wifi guna wifi jimat data internet kita. Bila semua lokasi yang hendak saya pergi sudah saya save favourite list maka saya pergi mencari motosikal sewa.


11. Internationak Plug. (X)
 
Okeh. Macam biasa, international plug or adapter adalah penting. Bawak sekali extention wire yg ringan yang ada 2/3 ketul tempat cucuk tu. Then bolehlah cucuk gajet2 canggih korang tuh kan.

12. Ubat ubatan. (X)

Ubat2 jangan lupa bawak. Pada yang ada anak tu, ubat demam anak, ubat batuk, ubat selsema, ubat sakit pewot, minyak cap limau, vicks, minyak urut zaman-berzaman, minyak senyonyong..haaaa..semua tu bawak.


13. Makan

Bab makan adalah payah sikit. Tapi jangan takot, korang takkan kebulurnyer. McD kat sana halal yer boleh makan. Cuma berjaga2 ngan Kedai Nasi Padang. Ada certain tak halal. Cuba tanya dulu yer kalau nak makan halal ke idok. Mulot tu cuba jangan malas sangat nak bertanya. Kalau soh menggedik, kemain korang yer..tak payah nak diajor :p Eh tapi korang boleh try makan kat sini Mangengking Restaurant.  Best giler okeh. Boleh pegi naik teksi or suruh Pak Supir ko bawakkan.


14. Spa

Spa woiiii..jangan luper..makesure korang gie yer...cara terbaik, pi jalan2 dulu area Kuta ngan Legian tu, survey2 harga spa.. then baru decide and buat booking.


15. Other Tips :

-   Jangan beli painting kat Ubud. Harga mencekik darah. Korang belilah kat Pasar Sukawati or kat Tanah Lot. Situ lebih murah. Boleh tawar giler2 punyer.

-        Turtle island tu takderlah island mana ponn. Kalau nak skip..skip la..dia macam zoo mini. Ada banyak turtle kat situ..nak pegi pn mahal. consider kena chatered satu boat okeh. Nak tau citer lebih baca i punyer detail entry okeh.

-     Kalau nak nengok Kecak Dance, makesure sampai awal yer kat Uluwatu. So korang boleh selesa sikit nak amek2 gambo ngan carik tempat duduk yg best masa nak nengok Kecak Dance tuh.

-        Setiap tempat kat Bali tu semua berbayar yer. So sediakan entrance fee siap2.

-      Seafood at Jimbaran. Aku tak suker sebab mahal giler2. Kalau korang nak try..silakan yer.

-      Jika sampai tengah malam teksi airport dah tiada .. yang ada teksi biasa..cuba tawar sehingga 100ribu

-        Kalau sewa moto pastikan periksa kondidi moto dan pastikan semua baik dan selamat dihadapan owner kedai.

-        Tukar duit di Bali kekadang jadi lebih murah jika di luar mall.

-        Gunakan duit kecil untuk bayaran pakir dan habiskan duit syiling jika ada.


Buat sementara ini, itu jer kot yang penting sebelum berangkat ke sana selain PASSPORT! insyaallah semoga di permudahkannya. Bye….

1 comment:

  1. Titanium Art
    Titanium anodizing titanium Art, a world-class art and design studio based titanium tools in Prague, Czech Republic, has been developing titanium automatic watch new and innovative titanium helix earrings art and €24.95 · ‎In stock titanium bikes for sale

    ReplyDelete