Persediaan percutian ke Bali
Assalamualaikum
Semua
Percutian ke Bali sememangnya
sentiasa di nantikan memandangkan beberapa perkara berjaya kami selesaikan dari
segi tiket dan penginapan hotel. kini menghitung hari di samping study serba
sedikit tentang Bali. Persediaan percutian singkat ke Bali haruslah dilakukan
terlebih dahulu supaya apa yang di rancang berjalan dengan baik. Insyaallah kami
akan berangkat ke sana pada bulan 9 ini nanti. so waktu di Bali nanti tiada
perbezaan dengan waktu di Malaysia. tak perlu pening-pening nanti. hihi. hope
semuanya berjalan dengan lancar. Amin.
1. Tiket √
Benda pertama korang kena buat macam
biasa..carik ticket yang paling murah sekali. Contoh kat bawah nieh…hehehee..sememangnya
AirAsia menjadi pilihan utama untuk fly! bak kata orang putiss everyone can
fly! wink AirAsia banyak memberi peluang untuk kita menerokai dunia. ewah!.....
Promosi
RM79
Tiket
penerbangan pergi dan balik dari Senai Johor Bahru ke Kuala Lumpur dan Kuala
Lumpur ke Senai Johor Bahru.
Total
RM363 seorang!
AirAsia selalu je buat promosi, so
kalau rajin survey dapat la harga murah. tiket pergi balik dari Kuala
Lumpur-Bali dan Bali-Kuala Lumpur bagi seorang RM363 sahaja tau! murah kan,
namun korang akan dapat lagi murah bila pandai survey tiket.
Suker tak kalau murah macam nie??
Nie sebenarnya tak murah
sangat..cuba bayangkan kalau AA waive yang tang ticket tu..
sure lagi murah kann?? haa..yg tu
lah aku suruh korang carik..ada paham??
2. Hotel booking √
Dah lama survey dekat Agoda.com
dan booking.com.
pilihan terakhir ialah di booking.com. ini kerana website ini menyediakan
total ke seluruhan penginapan kami selama 3 malam. so total RM334 untuk 2
orang. Maknanya 1 malam hanya RM111.33 jimat kan? hope tempat penginapan kami
nanti selesa dan berbaloi dengan percutian singkat nanti. Nasihat dari
kawan-kawan yang pernah pergi Bali, “cari hotel yang bagus sikit. Mahal sikit
pun xpe. Asalkan barang-barang kita selamat”. Ada juga hotel-hotel kat sana
yang kurang selamat. Kadang-kadang waktu kita keluar, macam-macam barang boleh
hilang.
Alamat:
Solaris Hotel Kuta
Jl. Jenggala
Kuta
Kuta, 80361
Indonesia
3. Supir √
Haaa, ini penting juga kerana orang
yang bertanggungjawab untuk mengambil dan menghantar kitorang di Denpasar
Ngurah Rai International Airport. boleh bawa kami ke tempat menarik di Bali,
plan nak ambil perkhidmatan supir selama 1 atau 2 hari sahaja dalam RM120 duit
Malaysia termasuk petrol. Banyak sebenarnya supir-supir kat Bali. Kalau
cari guna Mr.google pun boleh. Ramai bloger-bloger yang dah buat marketing
untuk supir.
Selesai hubungi supir di Bali. dan
telah deal untuk menggunakan perkhidmatan yang kawan suami saya cadangkan.
Namanya Mr.Bambang.
4. Google tempat menarik di
Bali √
Alhamdulillah, dalam fikiran dah ada
beberapa tempat yang ingin di lawati. salah satunya Lovina Beach. Kat sana boleh
tengok Dolphin. Kalau nak pergi Lovina, kene bertolak pagi-pagi dari hotel di
Kuta. Perjalanan ke Lovina amek masa 3 jam, dah tu semua nak kejar masa sampai
sana b4 6 pagi, sebabnya nak tgk DOLPHIN!!!! Dolphin adalah satu2nya tarikan di
Lovina, kalau takde dolphin tu mmg mati la tempat tu!.. Seorang kena bayar
IDR150,000 untuk sewa bot & life jacket. Bot kecik je, boleh muat untuk 5
orang.
Aktiviti menyelam orang cakap wajib
buat kalau pergi Bali. Bukan apa, kat Bali kita xpayah ambil lessen diving.
Kalau kat Malaysia kan kena ambik lessen baru boleh diving. So….apa tunggu
lagi, jom kita diving kat Taman Sari Nusa Dua.
Banyak lagi tempat-tempat menarik
yang kami rancang nak tengok dan nak pergi. Boleh cuba2 carik or book tourguide
or supir untuk jalan2 kat Bali tu. Kat Bali well known banyak.Tempat sighseeing
ngan aktiviti okeh. Antara yang best yang saya sukalah macam kat bawah nieh :
-
Enjoy watching Barongan
-
Ubud - oil painting, craft dll.
-
Scenery padi bukit Tegalalang
-
Agro Kopi - try kopi luwak.
-
Kintamani area - Gunung berapi aktif
Mt. Batur
-
Ulun Danu
-
Uluwatu - Sunset and Kecak Dance
-
Tanah Lot
-
Turtle Island
-
GWK
-
Gigit Water fall
-
Tanah Lot Temple
-
Taman Ayun Temple
Yang lain korang google sendiri. Kebanyakkan
Temple kat sana hampir sama. Jadi tak yah lah kita pergi Temple banyak2 k…
5. penukaran wang indonesia (X)
Okay yang ni masih belum di
selesaikan. Duit tukor siap2 kat Mesia yer. Rate kat sini lebih bagus. Jangan
lupa standby foreign currency sikit macam SGD ker USD ker wat emergency. Perlu
siap sedia dalam purses supaya nanti tak pening bila RP banyak angkanya. lolzz
So tidak perlu untuk menukar matawang dengan terlalu banyak. Cukup sekadar
untuk makan, minum, shopping dan tambang pengangkutan di sana nanti. Dah sampai
tempat melancong nanti, leh tukar lagi.
6. Tidak membawa barang yang terlalu
banyak.√
Merancang akan membawa beberapa
pakaian sahaja. yang selebihnya kalau tak cukup pakaian boleh shopping di sana
je. t-shirt i love Bali pun okay je kan. At least dah boleh jimat berat luggage
semasa berangkat ke Bali. Luggage kami Cuma ambil 20 kg je.
7. kamera √
Ini yang paling penting. chewah! Makesure
camera semua cukup bateri yek. Saya kalau berjalan siap bawak extra battery. Power
bank jangan lupa, mana tau boleh charge kalau battery terkucil. Camera adalah
penting yer..jangan nanges kalau takder gambo boleh snap. Pemandangan adalah
super cantekkkkkkk...wawawawaaa.. Untuk memastikan setiap kenangan di sana
nanti di rakam. semoga kamera kami baik-baik sahaja nanti, tidak meragam bateri
habis ke apa. lolzz tapi sediakan bateri lebih nanti dan kalau boleh gunakan
bateri yang rechargeable.
8. Aktifkan pengeluaran
antarabangsa. (X)
Aktifkan kad bank kepada pengeluaran
antarabangsa. dua tiga hari sebelum fly, baru nak call customer service bank. Nombor
telefon customer service ade dekat belakang kad bank tau. akan aktifkan kat
MAYBANK dan CIMBANK kerana mahu selamat, takut tak cukup duit gara-gara
shopping. sediakan payung sebelum hujan. lolz. nanti staff bank tu akan tanya
negara mana, bila nak mula aktifkan dan bila nak tamatkan. suruh dia aktifkan
ikut tarikh pergi dan tarikh balik.
9. Tukar lessen memandu antarabangsa.
(X)
Kadang-kadang kita nak juga rasa
merempit kat sana kan. Soo…siapa2 yang nak jalan2 guna motosikal, kat Bali
banyak sangat2 motosikal sewa. Sewanya pun murah2. Sewa mobil untuk tour harian
sekitar 500-600ribu sahaja. Manakala sewa motosikal cuma 50ribu untuk 24jam.
Murah kan sewa moto cuma RM15 untuk 24jam, jimat2. Cuma isi borang dan masukkan
no Pasport dan buat bayaran dan sudah dapat motosikal. Mudah sahaja. dia tak
mintak pun permit memandu antarabangsa atau lesen memandu. Tapi lebih bagus
kalau ada lesen untuk mengelakkan hal yang tidak dijangka.
Jika menunggang moto tak perlu risau
tentang petrol kerana sepanjang jalan anda akan jumpa gerai yang menjual petrol
dalam botol yang harganya sama sahaja dimana-mana dengan harga sebotol kecil
7ribu. Jika anda isi di petrol station mungkin dapat lebih sedikit dengan 7ribu
rupiah tu. Cuba gerai menjual petrol dalam botol ni mudah dijumpai walaupun
sehingga keluar desa pun ada. botol yang digunakan juga standard botol Vodlka.
10. Sediakan Aplikasi Navigasi Waze (X)
Saya menggunakan aplikasi WAZE ini
untuk buatkan navigasi secara offline. Caranya mudah saja, mula2 buka waze dan
pilih navigate pastu search lokasi yang hendak dituju, pastu add sebagai
favourite jgn terus navigate. selepas tu pilih menu navigate dan pergi ke list
favourite yang kita dah add. Pilih dan klik start Navigate. Bila dia kuar
arahan “Let Start” maka zoom kan peta sampai habis pastu tolak2 map tu sehingga
sampai tempat destinasi selepas tu stop navigate. skrg anda sudah ada navigasi
secara offline. Ini bermakna jika tiada line internet anda masih boleh navigate
guna waze kerana dia dah save map yang kita dah buka. So sementara ada line
internet atau free wifi maka buat list favourite lokasi yang hendak dituju
siap2. Kalau boleh lepak kat cafe yg ada wifi guna wifi jimat data internet
kita. Bila semua lokasi yang hendak saya pergi sudah saya save favourite list
maka saya pergi mencari motosikal sewa.
11. Internationak Plug. (X)
Okeh. Macam biasa, international plug
or adapter adalah penting. Bawak sekali extention wire yg ringan yang ada 2/3
ketul tempat cucuk tu. Then bolehlah cucuk gajet2 canggih korang tuh kan.
12. Ubat ubatan. (X)
Ubat2 jangan lupa bawak. Pada yang
ada anak tu, ubat demam anak, ubat batuk, ubat selsema, ubat sakit pewot,
minyak cap limau, vicks, minyak urut zaman-berzaman, minyak
senyonyong..haaaa..semua tu bawak.
13. Makan
Bab makan adalah payah sikit. Tapi
jangan takot, korang takkan kebulurnyer. McD kat sana halal yer boleh makan.
Cuma berjaga2 ngan Kedai Nasi Padang. Ada certain tak halal. Cuba tanya dulu
yer kalau nak makan halal ke idok. Mulot tu cuba jangan malas sangat nak
bertanya. Kalau soh menggedik, kemain korang yer..tak payah nak diajor :p Eh
tapi korang boleh try makan kat sini Mangengking Restaurant. Best giler okeh. Boleh pegi naik teksi or
suruh Pak Supir ko bawakkan.
14. Spa
Spa woiiii..jangan luper..makesure
korang gie yer...cara terbaik, pi jalan2 dulu area Kuta ngan Legian tu, survey2
harga spa.. then baru decide and buat booking.
15. Other Tips :
- Jangan beli painting kat Ubud. Harga
mencekik darah. Korang belilah kat Pasar Sukawati or kat Tanah Lot. Situ lebih
murah. Boleh tawar giler2 punyer.
-
Turtle island tu takderlah island
mana ponn. Kalau nak skip..skip la..dia macam zoo mini. Ada banyak turtle kat
situ..nak pegi pn mahal. consider kena chatered satu boat okeh. Nak tau citer
lebih baca i punyer detail entry okeh.
- Kalau nak nengok Kecak Dance,
makesure sampai awal yer kat Uluwatu. So korang boleh selesa sikit nak amek2
gambo ngan carik tempat duduk yg best masa nak nengok Kecak Dance tuh.
-
Setiap tempat kat Bali tu semua
berbayar yer. So sediakan entrance fee siap2.
- Seafood at Jimbaran. Aku tak suker
sebab mahal giler2. Kalau korang nak try..silakan yer.
- Jika sampai tengah malam teksi
airport dah tiada .. yang ada teksi biasa..cuba tawar sehingga 100ribu
-
Kalau sewa moto pastikan periksa
kondidi moto dan pastikan semua baik dan selamat dihadapan owner kedai.
-
Tukar duit di Bali kekadang jadi
lebih murah jika di luar mall.
-
Gunakan duit kecil untuk bayaran
pakir dan habiskan duit syiling jika ada.
Buat sementara ini, itu jer kot yang
penting sebelum berangkat ke sana selain PASSPORT! insyaallah semoga di
permudahkannya. Bye….